Main Menu
Email daku red_apple1404@yahoo.com


Cairo
Malaysia
Qaulun Ma'ruf

Free shoutbox @ ShoutMix
Solat Times
Powered by

BLOGGER

iluvislam

Photobucket


Image Hosted by ImageShack.us
Items For Sale

Free Web Counter
Since June 2007
Kempen

Image Hosted by ImageShack.us
Dunia : Penduduk Gaza makan rumput
Thursday, December 18, 2008

BUDAK ini melihat kamera yang merakamkan bapanya memasang pelita di Khan Younis, Gaza yang bergantung pada pelita dan kayu api akibat kepungan Israel.

KAHERAH: Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang kelaparan akibat kepungan kejam pihak berkuasa Israel, semakin terdesak sehingga terpaksa makan rumput untuk terus hidup.  Kesengsaraan mereka turut disahkan pegawai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyifatkan ramai penduduk kelaparan.

"Apa yang kami mampu lakukan ialah makan rumput. Hanya ini pilihan yang ada bagi memastikan kami sekeluarga dapat hidup.." kata Amra Abu, ibu lapan anak kepada akhbar Britain, The Times, semalam sambil menuding ke arah rumput hijau yang tumbuh liar di tepi jalan raya Gaza.  Setiap pagi, beliau dan anak perempuannya, Rabab, 12, mengutip rumput di sepanjang jalan raya yang didakwanya selamat dimakan.  Amra, 23, turut mengemis bagi mendapatkan wang untuk membeli bahan api.

"Saya sudah lupa bilakah kali terakhir dapat makan buah-buahan.." kata Rabab yang memakai pakaian lusuh dan seluar jeans koyak.  

Penderitaan Amra antara kisah sedih yang terus menyelubungi Semenanjung Gaza selepas Israel menutup semua pintu masuk ke Gaza yang menempatkan kira-kira 1.6 juta penduduk.  Sementara itu, Pengarah Agensi Tugas Bantuan PBB (UNRWA) di Gaza, John Ging mengakui keadaan penduduk yang semakin melarat.Agensi badan dunia itu turut sukar membantu penduduk Gaza.

Dua minggu lalu, buat pertama kali dalam 60 tahun, kami kehabisan makanan. Kami lazimnya menerima antara 70 hingga 80 lori makanan sehari, tetapi kini cuma 15 lori sehari. Itu pun jika sempadan dibuka, kata Ging. - Agensi

 

"....so what's next Olmert..??!!! what's next..??!!!!..."

posted by Mohd Hazizul @ Thursday, December 18, 2008  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
.::. itu aku .::.

Name: Mohd Hazizul
Home: Shoubra, Cairo, Egypt
About Me:
http://a-hazizul.blogspot.com


Aku ini...adalah dirimu, Cinta ini...adalah cintamu, Aku ini...adalah dirimu, Jiwa ini..adalah jiwamu, Rindu ini...adalah rindumu, Darah ini...adalah darahmu. Tak...ada yang lain...selain dirimu, Yang selalu kupuja... Ku...sebut namamu... Di setiap hembusan nafasku, Ku...sebut namamu... Ku...sebut namamu... Dengan tangan-Mu......aku menyentuh, Dengan kaki-Mu...aku berjalan, Dengan mata-Mu...aku memandang, Dengan telinga-Mu...aku mendengar, Dengan lidah-Mu...aku bicara, Dengan hati-Mu aku merasa. Barangsiapa menginginkan teman,cukuplah Allah menjadi temannya. Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.Barangsiapa menginginkan nasihat,cukuplah kematian menasihatinya. B'siapa menginginkan harta simpanan,cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.B'siapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini,cukuplah neraka baginya.

My Pages
Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Previously
Archives
the bloggers
Islamic Links

Carian Islamik
Kata:
Other Links

© 2005 : : mohd hazizul mohammed ghouth : : Archives Template by Isnaini Dot Com